Friday, October 23, 2009

Sejarah SMK Sri Kota Taiping

Sejarah:


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965. Oleh sebab tiada bangunan yang khusus untuk menempatkan pelajar, kemasukan pertama seramai 175 orang murid telah ditumpangkan di Sekolah Convent Klian Pauh. Kesemua pelajar perempuan ini telah dimasukkan ke kelas peralihan di sesi petang dan dipanggil Sekolah Menengah Rendah (Perempuan) Taiping. Guru Besarnya ialah Puan Tan Chuck Khoo.

Bangunan baru yang mengandungi 18 buah bilik darjah siap dibina pada tahun 1968 bernilai RM 300 000. Sekolah ini memulakan operasinya di bangunan baru pada bulan Julai 1969.

Sekolah ini dibuka dengan rasminya oeh Tuan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Haji Hamdan bin Sheikh Tahir pada tanggal 16hb Julai 1970. Ketika itu, bilangan pelajar seramai 577 orang dan tenaga pengajar seramai 23 orang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Puteri kerana semua pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan.

Pada tahun 1972, sekolah ini menerima kemasukan murid-murid lelaki ke kelas-kelas peralihan. Pada tahun 1977, Jabatan Pelajaran mengarahkan sekolah ini menerima murid-murid dari sekolah menengah yang lain untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat. Justeru itu, dua buah kelas tingkatan empat jurusan sastera telah diwujudkan, menjadikan sekolah ini sebuah sekolah menengah penuh.

Nama Sekolah Menengah Puteri tidak lagi sesuai dengan masuknya pelajar-pelajar lelaki. Nama baru iaitu Sekolah Menengah Sri Kota telah diterima oleh Kementerian Pelajaran atas sebab-sebab berikut:

Sungai yang berhampiran dengan sekolah dikenali sebagai Sungai Kota. Penduduk-penduduk awal di kiri dan kanan sungai tersebut telah menamakan tempat tinggal mereka dengan nama Kampung Kota sempena mengambil nama sungai tersebut. Nama Kampung Kota ini kekal sehingga sekarang.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas segala komen yang diberikan.