Saturday, October 24, 2009

Pelan Sekolah



Friday, October 23, 2009

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

  • Johan Pertandingan Tarian Tradisioanal Daerah
  • Johan Pertandingan Tarian Tradisional Negeri
  • Naib Johan Pertandingan Tarian Tradisional Kebangsaan
  • Johan Daerah Lompat Tinggi P18
  • Johan Daerah Lompat Tinggi P15
  • Johan Daerah Lontar Peluru L18
  • Johan Daerah Merejam Lembing P18
  • Johan Daerah 5000M L18
  • Naib Johan 5000M L18
  • Tempat Ketiga Badminton Terbuka Perak L8

PENCAPAIAN SPM

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Pelajar terbaik 2008 – Ng Qi Guan 7A 1B

PENCAPAIAN PMR


Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Pelajar terbaik 2008 – Toh Chen Hua 7A 1B

DATA ENROLMEN MURID (2009)

PERALIHAN



Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jadual 1: Enrolmen Murid Peralihan 2009


TINGKATAN SATU




Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jadual 2: Enrolmen Murid Tingkatan Satu 2009

TINGKATAN DUA
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jadual 3: Enrolmen Murid Tingkatan Dua 2009

TINGKATAN TIGA

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jadual 4: Enrolmen Murid Tingkatan Tiga 2009

TINGKATAN EMPAT



Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jadual 5: Enrolmen Murid Tingkatan Empat 2009

TINGKATAN LIMA

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jadual 6: Enrolmen Murid Tingkatan Lima 2009

KESELURUHAN TINGKATAN

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Jadual 7: Enrolmen Murid 2009

DATA ENROLMEN GURU DAN STAF 2009

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.



Pengetua-pengetua SMK Sri Kota (Dahulu dan Kini)

Nama-nama pengetua yang berkhidmat:
  1. Mrs. Tan Chuck Khoo
    1962 – 1977
  2. En. Ong Hong Weng
    1980 – 1985
  3. En. Mohd. Zon Bin Ramli
    1986 - 1991
  4. En. Ismail Bin Ahmad
    1992 - 1994
  5. Pn. Fatimah Bt. Sahari PPT
    1995 - 1997
  6. Pn. Hjh. Siti Faridah Bt. Mohd Nor
    1997 - 1998
  7. Pn. Hjh. Fudziah Bt. Talib
    1998 - 1998
  8. Pn. Hjh Asmah Bt. Hj. Norani
    1998 - 2001
  9. Pn. Hjh. Noripah Bt. Hj. Md. Shah
    2001 - 2004
  10. Tn. Hj. Salehuddin B. Hj. Abd. Samad
    2004 - 2007
  11. Pn. Noriza Bt. Dato` Sulaiman
    2007 - 2007

Kini:
Pn. Junaidah Bt. Jaffar 2007 –

Latar belakang Pengetua

Pendidikan :
  1. SK. Perempuan Alor Merah
  2. SM. St. Nicholas Convent
  3. Kolej Sultan abdul Hamid -1975
  4. Universiti Sains Malaysia -1977
- Bidang Kemanusiaan, Pengkhususan Perguruan Keussasteraan.
- Minor Sejarah.
- Ikhtisas Bahasa Melayu dan Sastera Melayu
Perkhidmatan:
1. 1981 - ACS Ipoh - Guru
2. 1985 - TMGS Taiping
- Guru Permainan
- Ketua Panatia Bahasa Melayu / Sastera Melayu
3. 1994 - Guru Kanan Bahasa
4. 1996 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
5. 1998 - Penolong Kanan HEM
6. 2007 - Pengetua SMK. Sri Kota Taiping

Profil Sekolah

MISI

  • Meningkatkan prestasi akademik.
  • Mencapai kejayaan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
  • Meningkatkan tahap disiplin.
  • Meningkatkan sahsiah murid.
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif.




VISI

KECEMERLANGAN MATLAMAT SMKSK

[Untuk Merealisasikan sekolah bestari bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah, serta melahirkan warga sekolah yang berilmu, jati diri dan berjasa]






PIAGAM SEKOLAH
warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota, Taiping akan sentiasa mempastikan :
  • Kecemerlangan pendidikan tercapai melalui suasana pengajaran dan pembelajaran yang terancang, berkesan dan berterusan.
  • Usaha yang berterusan untuk melahirkan anak bangsa yang berketrampilan, proaktif, inovatif dan kreatif serta memupuk bakat dan potensi pelajar.
  • Pembinaan sahsiah yang sihat dan bersepadu berteraskan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menyediakan Warganegara yang beretika, berdaya maju dan berwawasan.

Sejarah SMK Sri Kota Taiping

Sejarah:


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1965. Oleh sebab tiada bangunan yang khusus untuk menempatkan pelajar, kemasukan pertama seramai 175 orang murid telah ditumpangkan di Sekolah Convent Klian Pauh. Kesemua pelajar perempuan ini telah dimasukkan ke kelas peralihan di sesi petang dan dipanggil Sekolah Menengah Rendah (Perempuan) Taiping. Guru Besarnya ialah Puan Tan Chuck Khoo.

Bangunan baru yang mengandungi 18 buah bilik darjah siap dibina pada tahun 1968 bernilai RM 300 000. Sekolah ini memulakan operasinya di bangunan baru pada bulan Julai 1969.

Sekolah ini dibuka dengan rasminya oeh Tuan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Haji Hamdan bin Sheikh Tahir pada tanggal 16hb Julai 1970. Ketika itu, bilangan pelajar seramai 577 orang dan tenaga pengajar seramai 23 orang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Puteri kerana semua pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan.

Pada tahun 1972, sekolah ini menerima kemasukan murid-murid lelaki ke kelas-kelas peralihan. Pada tahun 1977, Jabatan Pelajaran mengarahkan sekolah ini menerima murid-murid dari sekolah menengah yang lain untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat. Justeru itu, dua buah kelas tingkatan empat jurusan sastera telah diwujudkan, menjadikan sekolah ini sebuah sekolah menengah penuh.

Nama Sekolah Menengah Puteri tidak lagi sesuai dengan masuknya pelajar-pelajar lelaki. Nama baru iaitu Sekolah Menengah Sri Kota telah diterima oleh Kementerian Pelajaran atas sebab-sebab berikut:

Sungai yang berhampiran dengan sekolah dikenali sebagai Sungai Kota. Penduduk-penduduk awal di kiri dan kanan sungai tersebut telah menamakan tempat tinggal mereka dengan nama Kampung Kota sempena mengambil nama sungai tersebut. Nama Kampung Kota ini kekal sehingga sekarang.


 Nama Sekolah: SMK. Sri Kota
Alamat: Jalan Raja Sulong 34000, Taiping, Perak
No. Telefon: 05-8073591
No. Faks: 05-8089915